Menu Utama
Log Masuk
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Browsing this Thread:   1 Pelawat



(1) 2 »


#1 Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
Bundel Dimasukkan pada: 2012/8/4 6:10
Ustaz2 j-QAF dgn PI kat PPD Pasir Gudang tu memang dah gila la...dulu suruh bini aku guru j-QAF menipu isi data epelaporan...ini dia suruh pulak semua guru j-QAF kat sekolah2 dlm daerah Pasir Gudang buat audit j-QAF. Audit sampai bersengkang malam buat keje mengarut tu..dah ada epelaporan tu buat apa lagi nak buat audit j-QAF wahai ustaz2 PPD yg pandai!

Nak tunjuk bagus sangat Sampai buat software auditlah. suruh buat analis j-QAFlah, semua guru j-QAF mesti ada tiga fail-jawi,bestari solat,tasmik. kenapa la tak dibuat fail induk ajer...inovasi la tu konon..aku tengok tagline dia j_QAF tanpa gagal. Ceh! kalau guru-guru j-QAFmacam ni, ingat j-QAF boleh berjaya ker?

Guru j-QAF kat PPD Pasir Gudang ni dah kurang mengajor, tak mengajor sebab dipaksa lebih bnyk buat analisis data, tick sana tick sini, isi epelaporan tipu, buat audit tipu, analisis itu analisis ini

Aku nak tanya guru-guru j_QAF dari daerah lain, PPD daerah lain ada buat tak kerja data @ analisis mengarut macam PPD Pasir Gudang ni? dah ada epelaporan tu tengok je la epelaporan, buat hapa nak suruh bini aku @ semua guru j-QAF buat analisis mende lagi, auit apa lagi..kat epelaporan tu semua dah lengkap..

Bini aku sampai terganggu emosi & mental.Sapa yg nak bertanggungjawab ni?


#2 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
thesunni Dimasukkan pada: 2012/8/4 12:55
Sabiaq sabiaq.. kawal emosi.. Alaa.. Wat takat mampu je... Apa ja y diminta maybe ada keperluan.. Buat takat kita mampu dah la.. Jangan terlalu tertekan.. X sempat katakan x sempat.. Sampai masa rehat.. Rehat dulu.. Sampai masa makan.. P makan.. Time lena.. Lena..


#3 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
kasutboot Dimasukkan pada: 2012/8/4 20:15
Ni ler kalau keje setakat ikut IT (ikut telintas). Demi mendapatkan nama dan sanjungan...sanggup suruh org lain jadi hamparan...nyaknyo weh...gotu tipu goni tipu... Yg kena cikgu jqaf juga... Nasib baik ler di pantai timur ni tak dok jenis kaki ngapu gini...apapun...sabar ler..nak buat guano...kito kuli demo bos...tp bos pun jgn ler bodoh sgt..hehe..

#sekadar pandangan..selamat berpuasa


#4 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
sangbayu Dimasukkan pada: 2012/8/4 22:02
hihihihi kesiannya kan hehehe


#5 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
syemarli Dimasukkan pada: 2012/8/4 22:12
ye ke.. kami d area sgor/kl xda pon ke wat audit. apsal x slaraskan? oo..nk buat inovasi...kalu namanya inovasi mesti lebih memudahkan. err x leh nk kata lebeh la..kene tau apebende yg d buat tu.. jgn la menular kepada kami ni..


#6 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
Akliah Dimasukkan pada: 2012/8/5 21:29
Assalamualaikum.Saya j-QAF ambilan 2005. Kohort pertama generasi j-QAF dilahirkan. Saya rasa terpanggil untuk menjawab dakwaan Encik Bundel yang TIDAK BERASAS terhadap PPD Pasir Gudang dan saya ingin MEMBETULKAN dakwaan tuan yang saya boleh ibaratkan "LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN" dan "PAKU DULANG PAKU SERPIH".... ( encik sambung sendiri....).
Saya tahu dan saya maklum masalah yang membelenggu kehidupan encik suami isteri disebabkan kesalahan diri sendiri..ramai komuniti j-QAf berada dalam situasi sebegini kerana KESILAPAN DIRI SENDIRI BUKAN ARAHAN PPD YANG MENYURUH TUAN PUAN MENIPU!!!! PPD jalankan tanggungjawab bagi menjawab persoalan akhirat nanti...Kita guru j-QAF berganding bahu bersama PPD utk merealisasikan wawasan akhirat itu. PPD Pasir Gudang tak suruh menipu tetapi guru j-QAF (yg berkenaan sahaja) yang menipu.Kerana apa?! Kerana guru j-QAF sebegini bersenang lenang dengan ribuan gaji bulanan yg diterima..dengan gaya hidup mewah dan mereka terlupa wawasan akhirat yang diamanahkan. Kita dibayar gaji utk wawasan akhirat bukan wawasan dunia.... Itu mesti kita pegang betul2 dan ingat betul2.
Untuk isu yang dibangkitkan saya perincikan :

1) Fail jawi,kbs dan tasmik : Itu fail individu. Setiap guru j-QAf & guru PI kena ada fail individu sebagai rekod kehadiran dan pencapaian murid dalam setiap sesi P&P yang dijalankan mengikut kelas yang diajar.Ini semua adalah biasa bagi guru pemulihan termasuk pemulihan LINUS.Data tersimpan inilah yang kita guna pakai utk sebarang pelaporan. Fail INDUK adalah Fail Pengurusan.Kita masukkan data kesemua murid program j-QAF dalam fail ini. Fail ini diurus selia oleh penyelaras j-QAF.. Isteri tuan Penyelaras j-QAF ke? Tak kan dia tak paham ko bisnes guru j-QAF kotttttttttt....

2) e-pelaporan: Data e-pelaporan perlukan ketelusan. Mana ada PPD Pasir Gudang suruh menipu isi data tu. Yang menjadikan ianya tidak telus adalah kesilapan diri sendiri yang tiada data tersimpan dan tiada rekod pencapaian murid-murid j-QAF. Dan satu lagi guru j-QAF tidak menjalankan aktiviti yang diwajibkan dengan sepenuhnya.Senaang citer tak buat keje le..isi data maya je….jgn mare kalo statement saya melampau....

3) audit j-QAF : Ianya tak menyusahkan kerana saya telah terlibat dalam pengisian data tersebut. Santai2 aja. kita isi data murid yang tidak menguasai sahaja Tak perlu berjaga malam..tak perlu "bergocoh" suami isteri... Semua data kita dah ada.. …kan mudah?! RAHSIANYA IALAH KITA ADA DATA TERSIMPAN..DATA YANG REAL LAGI TULIN....BUKAN KERJA LAST MINUTE..:):):). Sekolah saya dah present audit ni didepan guru besar & gpk2... Dapatan daripada pembentangan audit ini amat positif..Alhamdulillah Pentadbir mula nampak keperluan j-QAF dan hala tuju wawasan akhirat j-QAF. Itu yang PPD Pasir Gudang mahukan. Semua mata celik memandang j-QAF..

Akhirnya.. saya mohon kepada tuan,selaku seorang suami kepada seorang guru j-QAF tuan sepatutnya bersyukur kerana isteri tuan guru j-QAf yang mengajar ilmu menuju akhirat..Tuan kena beri support dan dorongan bukan mengapi2kan lagi keadaan... Kita kerja kena WORK SMART BUKAN WORK HARD....KERJA LILLAHI TAALA..BUKAN LIN NAAS. SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN PPD PASIR GUDANG TIDAK BERSALAH DAN TIDAK MEMBEBANKAN KITA GURU J-QAF DAN TIDAK MENYURUH KITA MENIPU..MEREKA BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENCAPAI WAWASAN AKHIRAT YANG TERBAIK SUPAYA KITA GURU J-QAF TIDAK DIPERSOALKAN DI SISI ALLAH TAALA. Memang PPD lain tak buat apa yang PPd Pasir Gudang buat. Tetapi saya ingin tanya tuan, adakah salah kita membuat sesuatu perubahan yang menuju kebaiakan?!
Saya mohon maaf sekiranya teguran saya ini mengganggu emosi tuan. Kita perlu betulkan mana2 yang tak betul lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sesungguhnya Fitnah Itu Lebih Dahsyat Dari Membunuh…fikir2kanlah….SEKIAN TERIMA KASIH


#7 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
Murabbi Dimasukkan pada: 2012/8/5 22:35
Assalamualaikum wth.
Semoga Allah kurniakan banyak kebaikan dan ganjaran sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak.

Beberapa perkara saya tersentuh membaca luahan hati seorang suami dan juga jawapan daripada rakan2 lain. Di sini saya cuba menyantuni satu persatu:

1. Kita diajar untuk tidak terus menghukum, tetapi menyelidik apa yang berlaku, memberi nasihat dan membantu.
2. Tahniah kepada saudara Bundel kerana sangat mengambil berat kebajikan isteri saudara.
3. Saya juga tidak menggalakkan rakan2 yang lain terus menghentam En Bundle andai apa yang dikatakan itu agak keterlaluan bagi saudara yang lain. Kemungkinan di sebalik itu En Bundle ada masalah yang lain. Kemudian ditambah lagi dengan kesibukan dan rintihan seorang isteri yang disayangi.
4. Apabila kita ditawarkan untuk berkhidmat sebagai guru j-QAF, gred yang ditawarkan adalah DG41. Itulah satu kedudukan tinggi sebagai anggota Kumpulan Pengurusan dan ProfesionaL dengan gaji permulaan hampir mencecah RM2K.
5. Kump. Pengurusan dan Profesional ini harus kuat, tabah dan cekal. Sentiasa berfikiran positif dan profesional. Beginilah rutin kerja kita seharian. Kerja seorang guru memang berat. Tugas guru untuk membentuk manusia. Bukan perkakasan yang jumud.
6. Sebagai penjawat awam, laksanakan tugas dengan cara yang terbaik. Kerana kita tidak diminta untuk bekerja tanpa ganjaran. Inilah antara kerja yang kita telah merestuinya apabila kita menandatangani akuan menerima jawatan ini dengan ganjaran yang kita persetujui.
7. Dahulu semasa belajar untuk mecapai segulung ijazah, kita sanggup menyengkang mata mengulagkaji pelajaran. Menyiapkan assingment dll. Kita tak bantah. Kenapa? Kerana kita tahu itulah ranjau hidup seorang mahasiswa. Sekarang terimalah! Inilah ranjau hidup seorang insan yang bergelar guru.
8. En. bundle, batulah isteri saudara. Jika tidak mampu membantu mengisi laporan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya berilah sokongan moral. Ucapkan kata2 yang positif. Isteri saya juga seorang guru j-QAF di Pasir Gudang. Saya bantu dia untuk berjaya sebagai seorang pendidik.
9. Setiap perubahan awalnya pahit. lama kelamaan ia menjadi manis.

Semoga Allah mengurniakan kita dengan lailatul qadar. Mohonlah pertolongan daripadaNya.


#8 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
Insan_Biasa Dimasukkan pada: 2012/8/6 4:21
Assalamualaikum....

Buat sahabat semua...ana rasa terpanggil untuk memberi ulasan mengenai perkara ini....Sebenarnya tujuan untuk diadakan Audit jqaf...tidak lain untuk membuka mata Pihak Pentadbir keberadaan JQAF di Sekolah dan dilaksanakan...sebelum ini kita hanya meminta tandatangan utk mengesahkan elaporan yg dilakukan 2 kali setahun.....
Tetapi dengan adanya Audit ini...Pihak Pentadbir akan membuka mata bahawa JQAF ini 1 tugas yang berat..yang mesti dilaksanakan...bila mana mereka sudah nampak...mereka akan memahami kerja2 yg dipertanggungjwb yg tidak sepatutnya berlaku pada guru jqaf ia akan dikurangkan...seterusnya akan diberi penumpuan sepenuhnya kerja2 JQAF...
Manusia ini akan terlepas 5 perkara sebelum dtg 5 perkara...Antaranya waktu lapang sebelum datang waktu sibuk....Manusia yang berjaya adalah manusia yang pandai mengurus masanya dengan baik...tetapi bukanlah saya yg terbaik....

Sahabat ada hak utk terima & menolak ulasan ini...tetapi yakinlah 1 hari nanti bila mana kita diuji dengan sebegini.adakah kita hadapinya dengan baik????tegur bilhikmah bukan dengan Sumpah seranah...

Insan_Biasa jqaf 2005


#9 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
Norulaini Dimasukkan pada: 2012/8/7 0:25
astaghfiruallah..

emm..mcm2 hal...fikir dengan tenang dulu buat sahabat bundel

jgn jadi giler..buat lah keja ikut kemampuan kita..

mg bertemu kita lailatulqadar nanti,insyaallah ...


#10 Re: Guru j-QAF di sekolah dalam PPD Pasir Gudang sudah gila!
arieyos Dimasukkan pada: 2012/8/7 0:57
yeke? putrajaya relax je.. mai pindah putrajaya.. banyak wat keje lain dari jqaf



(1) 2 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Carian Terperinci]


newbb online upate error
clean xoops online error: DELETE FROM xoops_bb_online WHERE ( online_uid > 0 AND online_uid NOT IN ( SELECT online_uid FROM xoops_online WHERE online_module =38 ) ) OR ( online_uid = 0 AND online_ip NOT IN ( SELECT online_ip FROM xoops_online WHERE online_module =38 AND online_uid = 0 ) )
Dibangunkan oleh iDeologi berasaskan XOOPS 2.5 © 2006 - 2011. Paparan terbaik menggunakan IE9