Menu Utama
Log Masuk
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Browsing this Thread:   1 Pelawat





Kepentingan Minum Air Masak
Penolong Pentadbir
Joined:
2008/1/16 18:41
From Temerloh, Pahang.
Group:
Registered User
Web Admin
Eksklusif TSSS
Mesej: 676
Offline
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.


Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

-Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
-Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
-Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
-Tekanan darah menurun
-Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
-Lesu pada waktu siang
-Sakit belakang
-Dehidrasi
-Sakit kepala
-Memperlahankan kadar metabolisma
-Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
-Sendi dan otot mengalami kekeringan
-Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
-Meningkatkan keinginan untuk makan
-Darah menjadi pekat
-Mudah keliru.
-Degupan jantung meningkat
-Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

sumber: PCC

Dimasukkan pada: 2010/2/16 23:46
_________________
....Ya Allah sesungguhnya, Aku Lemah Tanpa PertunjukMu, Aku Buta Tanpa BimbingMU, Aku Cacat tanpa HidayahMu, Aku Hina Tanpa RahmatMu...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Belum Mesra
Joined:
2008/11/12 23:50
Group:
Registered User
Mesej: 4
Offline
salam..betul tu... sedangkan bumi pun 70 peratus diliputi oleh air. Tanaman akan subur selepas tanah yg kontang disirami hujan...badan yang kering daripada air ibarat kenderaan yang kontang daripada petrol.

Kita mesti minum air dan makan makanan seimbang. Bila sakit, ke mana pun kita pergi doktor pakar , alternatif, pakar kecantikan, pakar sakit puan, pakar refleksologi, jawapan mesti tak lari ...kena minum banyak air dan makan makanan seimbang.


Dimasukkan pada: 2010/2/17 2:32
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Webmaster
Joined:
2006/5/12 15:55
From Yarmouk University, Irbid Jordan
Group:
Webmasters
Registered User
Mesej: 314
Offline
betul tu CK, atas kepentingan air kosong ni lah, maka banyak syarikat berlumbua2 mempromosi penapis air ajaib mereka.. eheh macam2 ada.. teknologi nano lah.. air mutiara sehebat zam-zam lah...

zaman dulu2 promosi penapis mineral water.. sekarang penapis mineral water dah dijual di Mydin.... sekarang penapis teknologi nano..

Dimasukkan pada: 2010/2/17 5:19
_________________
http://www.iDeologi.my
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Sangat Setia
Joined:
2009/8/29 9:33
From selangor
Group:
Registered User
Mesej: 596
Offline

betul.. mmg penting.. sangat penting..

Dimasukkan pada: 2010/2/17 5:48
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Sangat Setia
Joined:
2009/7/3 23:20
From Selangor
Group:
Registered User
Mesej: 569
Offline
apa2 pun perbanyakkan lah minum air mineral yg di masak dr air2 berwarna tu...heheee

Dimasukkan pada: 2010/2/17 17:33
_________________
norulaini
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Sangat Setia
Joined:
2007/9/23 2:56
From heart of malaysia
Group:
Registered User
Mesej: 1678
Offline
hehehe minum air niat utk berkhidmat n beribadat..

ingatlah air itu makhluk allah yang hidup :)

Dimasukkan pada: 2010/2/17 23:59
_________________
ceria , cergas dan cerdas
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Penolong Pentadbir
Joined:
2008/1/16 18:41
From Temerloh, Pahang.
Group:
Registered User
Web Admin
Eksklusif TSSS
Mesej: 676
Offline

Salamun alaikum...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

* Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

* Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

* Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

* Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.


p/s: tgh berusaha utk mengubah tabiat kurang minum air manis dan perbanyakkan minum air masak @ kosong

Dimasukkan pada: 2010/2/19 2:52
_________________
....Ya Allah sesungguhnya, Aku Lemah Tanpa PertunjukMu, Aku Buta Tanpa BimbingMU, Aku Cacat tanpa HidayahMu, Aku Hina Tanpa RahmatMu...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Blacklisted User
Joined:
2009/1/27 10:35
Group:
Ceria
Mesej: 388
Offline
makan jugak jgn lupa doa yer...makan dgn doa kita dapat pahala dan perut kenyang..tapi kalau makan tak berdoa pahala takde perut jer kenyang sementara...rugilah bila makan tidak berdoa...setengah oreni malu nak angkat tangannya berdoa ketika makan..setengah ore jgk sk sgt makan menggunakan garfu atau sudu..sayang utk guna tangan padahal pd celah2 jari kitani banyak khasiatnya ketika makan kt menggunakannya. setengah ore jgk bila nak minum air guna tangan kiri tak guna tangan kanan sbb takut kotor gelas atau cawan yg hendak diminum...inilah salah dr segi amalan ore2 kita..sepatutnya gunalah tangan kanan walau bekas nasi sekalipun kerana inilah yg diajarkan rasul kita supaya menggunakan tangn kanan ketika makan..dapat keberkatannya dgn kt menggunakan tangan kanan yer..

Dimasukkan pada: 2010/2/19 4:44
_________________
.: ISTIQAMAH DALAM PERJUANGANMU :.
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Sudah Mesra
Joined:
2008/8/29 11:05
From M M
Group:
Registered User
Mesej: 58
Offline
Ada orang tua di kampung saya beritahu :

"Selepas bangun tidur...berkumur2...jangan gosok gigi dulu...terus minum 2 -3 gelas air suam...

InsyaAllah baik untuk mata, baik untuk perut..."

_____________

Selamat 25 tahun, ahli rumah saya hanya minum air perigi ..(perigi yang didapati jernih airnya, baik baunya, dah jauh tempatnya dari rumah kami)..setiap petang ambil 2-3 botol yg segi empat tepat tu...

Tapi 4 tahun terkemudian ni..dah minum air penapis ...sebab kesibukan bekerja...tak da masa dah nak g kat perigi tu..kecuali sekali sekala kalau teringt...dah rindu dengan air perigi tu...hihihi

Dimasukkan pada: 2010/2/19 12:05
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kepentingan Minum Air Masak
Blacklisted User
Joined:
2009/1/27 10:35
Group:
Ceria
Mesej: 388
Offline
senang jer minumlah air apo yg kamu suka...jgn air yg tidak dihalalkan jer....kalau kamu sayangkan jiwa kamu maka jagalah yg terbaiknya...bila kamu minum ore laen tak ake rasa apo yg kamu minum yer...tepuk dada tanyalah selera kamu sendiri

Dimasukkan pada: 2010/2/21 9:39
_________________
.: ISTIQAMAH DALAM PERJUANGANMU :.
Transfer the post to other applications Transfer






You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Carian Terperinci]


newbb online upate error
clean xoops online error: DELETE FROM xoops_bb_online WHERE ( online_uid > 0 AND online_uid NOT IN ( SELECT online_uid FROM xoops_online WHERE online_module =38 ) ) OR ( online_uid = 0 AND online_ip NOT IN ( SELECT online_ip FROM xoops_online WHERE online_module =38 AND online_uid = 0 ) )
Dibangunkan oleh iDeologi berasaskan XOOPS 2.5 © 2006 - 2011. Paparan terbaik menggunakan IE9