Menu Utama
Log Masuk
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Browsing this Thread:   1 Pelawat



(1) 2 3 4 ... 7 »


tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 5:26
Group:
Registered User
Mesej: 845
Offline
nk tanye skit....

lulus tapisan keselamatan salah satu syarat nk sah jawatan kan....

intake 2005 & 2006 ade tak buat tapisan keselamatan nih ???

kita hanya kena lulus tapisan keselamatan kasar je kan ???

kalo kita dh isi borang tapisan keselamatan tu
( borang KPKK 11 ) , agak2nyer brapa lama nk dpt keputusan ekkk ???

pastu, keputusan tu dia akan pos kat skolah ke???

slagi kita tak tau keputusan lulus ke tak, slagi tula kita x sah2 jawatan ye???

ade kawan sy dh lama dh anta borang tuh tp x dpt pun lg keputusannyer..... so, sampai skang dia blum sah jawatan

kalo tgk borang tapisan keselamatan nih simple je tp effect dia besar melibatkn pengesahan jawatan.....

Dimasukkan pada: 2009/12/15 14:39
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/7/4 4:20
From Selangor
Group:
Registered User
Mesej: 569
Offline
salam nur kasih

Borang Tapisan keselamatan????

rasany akak x pernah isi borang tu untuk kohort 2005 ni bg syarat2 pengesahan jawatan...

apa2 hal cb cik ela tny kerani sekolah @ yg berkenaan tau pasal tu..

Dimasukkan pada: 2009/12/15 15:06
_________________
norulaini
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 5:26
Group:
Registered User
Mesej: 845
Offline
oooh yeke....

kohort 2005 takde ye....

untungla yg snior nih...

sy kena isi borang tapisan keselamatan tuh....

br td jumpa kerani skolah.....

dia tak bleh buat utk pengesahan jawatan slagi blum lulus tapisan keselamatan tuh......

skarang dh jd satu syarat plak utk sah jawatan.....dh ade pekeliling nyer...

makin payah nk sah jawatan skang nih......

emmm, penantian satu penyeksaan btul.....

Dimasukkan pada: 2009/12/15 15:13
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Web Admin
Joined:
2006/9/22 3:26
From High Castle
Group:
Web Admin
Mesej: 465
Offline
lantikan 1 jan 2008 dan seterusnya mmg kena. rujuk pekeliling yer..


Dimasukkan pada: 2009/12/15 15:21
_________________
Open in new window
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 5:26
Group:
Registered User
Mesej: 845
Offline
mmg br sgtla syarat nih....

maknanye kohort 2007 mesti dh mula kena....

kena menunggu lg la nampaknyerrr, x taula result tu cpt ke lambat....

syukran ustaz.....

Dimasukkan pada: 2009/12/15 15:36
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Web Admin
Joined:
2006/9/22 3:26
From High Castle
Group:
Web Admin
Mesej: 465
Offline
SURAT PEKELILING
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
BIL. 2 TAHUN 2007


PELAKSANAAN TAPISAN KESELAMATAN BAGI TUJUAN
PENGESAHAN PELANTIKAN ATAU PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai penguatkuasaan tapisan keselamatan bagi tujuan pengesahan pelantikan atau pengesahan dalam perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan sama ada dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.

DEFINISI

2. Dalam Surat Pekeliling ini didefinisikan:

“Pihak Berkuasa Melantik” atau “PBM” bermaksud mana-mana pihak yang mempunyai kuasa melantik seseorang pegawai perkhidmatan awam. Dalam konteks perkhidmatan pendidikan, PBM ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);

“Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam, iaitu termasuk Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh jabatan;

“Anggota Perkhidmatan Pendidikan” bermaksud pegawai yang dilantik ke dalam Perkhidmatan Pendidikan yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
Anggota Kumpulan Sokongan (AKS);

“Guru Sandaran Terlatih” bermaksud guru yang mempunyai kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas perguruan serta sedang menunggu lantikan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP);

“Pelatih Institut Perguruan” bermaksud calon yang sedang menjalani Latihan Perguruan (latihan pra-perkhidmatan) di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran Malaysia;

“Perkara Terperingkat” bermaksud dokumen atau fail yang diklasifikasikan peringkat keselamatannya sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad;

“Tapisan Halus” bermaksud proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat iaitu Rahsia atau Rahsia Besar; dan

“Tapisan Kasar” bermaksud proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat setakat peringkat Sulit.

3
LATAR BELAKANG

3. Semua anggota yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam perlu menjalani tapisan keselamatan selaras dengan Peraturan 80
Arahan Keselamatan. Proses pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua penjawat awam bebas dari anasir yang tidak diingini (kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan ekstrem), boleh dipercayai dalam
menjalankan tugas dan seterusnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan dan negara.

4. Berikutan dengan arahan tersebut, syarat lulus tapisan keselamatan secara amalannya dijadikan sebagai syarat pengesahan pelantikan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya telah memutuskan agar penguatkuasaan syarat lulus tapisan keselamatan
bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan boleh dilaksanakan sama ada di peringkat pengesahan pelantikan atau pada peringkat pengesahan dalam perkhidmatan (PDP).

5. Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK), pelaksanaan tapisan keselamatan dalam Perkhidmatan Pendidikan boleh dilaksanakan
apabila calon mendaftar untuk mengikuti Kursus Pra-Perkhidmatan Perguruan atau di peringkat pelantikan sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

6. Semua Ketua Jabatan perlu memastikan agar keputusan tapisan keselamatan bagi pegawai di bawah seliaannya dikemukakan kepada Suruhanjaya sama ada bersama-sama Pakej Surat Setuju
Terima Tawaran Pelantikan (peringkat pengesahan pelantikan) atau semasa mengemukakan perakuan PDP.


JENIS TAPISAN YANG DIKUATKUASAKAN

7. Semua Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik wajib menjalani tapisan keselamatan di peringkat tapisan kasar. Namun begitu, bagi anggota yang berkhidmat mengendalikan sebarang perkara terperingkat turut diwajibkan menjalani tapisan keselamatan halus.


8. Walau apa pun peruntukan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling ini, sekiranya Ketua Jabatan tidak dapat menentukan jenis tapisan yang perlu dilalui oleh seseorang pegawai, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Pejabat KPKK untuk penentuan.


KAEDAH PELAKSANAAN

9. Memandangkan Anggota Perkhidmatan Pendidikan terutamanya dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) memasuki perkhidmatan melalui pelbagai saluran, beberapa kaedah pelaksanaan tapisan keselamatan berdasarkan kategori pegawai
ditetapkan seperti berikut:

a. Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Mulai Tahun Pengambilan 2008

Borang tapisan kasar akan diedarkan kepada pelatih IPG semasa proses pendaftaran masuk. Pelatih perlu mengisi borang tersebut dan seterusnya mengembalikannya semula kepada Pejabat KPKK melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG. Sijil keputusan tapisan keselamatan akan disampaikan terus kepada calon yang dijangka selesai pengajian dalam tempoh satu (1) tahun melalui Pejabat HEP IPG masing-masing. Aliran proses kerja yang akan melibatkan calon kategori ini adalah seperti di LAMPIRAN A.


b. Guru Sandaran Terlatih (GST) Lantikan Tahun 2008

Calon yang dilantik GST oleh KPM sebaik menamatkan pengajian akan disertakan borang tapisan keselamatan bersama-sama dengan surat tawaran GST. Semua GST mesti menyempurnakan borang tersebut dan mengemukakannya semula kepada Pejabat KPKK melalui Ketua Jabatan. Sijil keputusan tapisan keselamatan akan dikemukakan oleh Pejabat KPKK kepada calon melalui alamat tempat bertugas. Aliran proses kerja yang melibatkan calon kategori ini adalah seperti di LAMPIRAN B.


c. Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) Lantikan Dalam Perkhidmatan Pendidikan

SPP akan menyertakan borang tapisan kasar bersama-sama dengan surat tawaran pelantikan rasmi. Anggota dalam kategori ini akan mengisi dan seterusnya mengemukakan borang tapisan kasar secara terus kepada Pejabat KPKK melalui Ketua Jabatan. Seterusnya Pejabat KPKK akan mengemukakan sijil keputusan tapisan keselamatan terus kepada pegawai melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan tapisan kasar ini akan digunakan sebagai syarat
pengesahan pelantikan atau syarat PDP bagi awatan
disandang oleh pegawai. Aliran proses kerja yang
melibatkan pegawai bagi kategori ini adalah seperti di LAMPIRAN C.


d. Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Belum Menyempurnakan Tapisan Keselamatan

Pegawai sedang berkhidmat yang dimaksudkan adalah terdiri daripada anggota berikut:

i) PPP atau AKS yang dilantik ke gred jawatan
lebih tinggi; dan

ii) PPP atau AKS dari luar KPM/KPTM yang
memasuki Perkhidmatan Pendidikan atas
gred yang sama secara proses pertukaran
pelantikan.

Proses pelaksanaan tapisan keselamatan bagi pegawai dalam kategori ini adalah sama seperti proses di para C di atas. Aliran proses kerja yang melibatkan pegawai kategori ini adalah seperti carta aliran di LAMPIRAN C.



TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

10. Bagi melaksanakan tapisan keselamatan, Ketua Jabatan hendaklah mematuhi prosedur berikut:

a. selaras dengan Peraturan 82 Arahan Keselamatan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan agar semua keputusan tapisan keselamatan pegawai di bawah seliaannya dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Bagi pegawai yang bertugas di sekolah, Ketua Jabatan hendaklah memastikan sesalinan surat atau sijil keputusan tapisan keselamatan pegawainya dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) (bagi negeri
Selangor sahaja) untuk direkodkan dalam BRP pegawai.
Keputusan terhadap penjawat awam yang tidak mempunyai catatan buruk hendaklah direkodkan sebagai
“Tiada apa-apa yang buruk diketahui setakat ini”.
Manakala bagi keputusan yang mempunyai catatan buruk, ianya hendaklah direkodkan sebagai “Rujukan kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat untuk penerangan lanjut”. Semua rekod keputusan hendaklah mengandungi rujukan serta tarikh surat keputusan tapisan keselamatan yang diperoleh dari Pejabat KPKK;

b. mengedarkan borang tapisan kasar atau tapisan halus seperti mana yang ditetapkan oleh Pejabat KPKK (iaitu untuk Anggota Perkhidmatan Pendidikan) yang belum pernah mengisi borang tapisan keselamatan;

c. merujuk kepada Pejabat KPKK sekiranya tidak dapat menentukan jenis tapisan keselamatan yang perlu dijalani oleh pegawai;

d. memastikan borang yang telah dilengkapkan oleh pegawai dikemkakan semula kepada Pejabat KPKK untuk tindakan lanjut dalam tempoh seminggu dari tarikh lapor diri pegawai;


e. membuat semakan dengan Pejabat KPKK bagi memastikan urusan tapisan keselamatan seseorang pegawai diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh borang dihantar; dan

f. bagi anggota yang masih dalam tempoh percubaan perlu memanjangkan sesalinan surat keputusan tapisan keselamatan kepada Suruhanjaya sama ada bersama-sama Pakej Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan di peringkat pengesahan pelantikan atau bersama-sama
perakuan PDP.



TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

11. Semua pegawai hendaklah mengisi borang tapisan keselamatan berdasarkan jenis tapisan kasar atau halus yang ditetapkan oleh Pejabat KPKK atau Ketua Jabatan. Borang tapisan
keselamatan yang digunakan adalah seperti berikut:

a. Tapisan Kasar - Borang KPKK 11 seperti di
LAMPIRAN D

b. Tapisan Halus - Borang Soalan Keselamatan
(Am 480-Pin. 1/04) seperti
di LAMPIRAN E

12. Borang-borang ini boleh didapati dari Ketua Jabatan masing-masing atau dicetak sendiri melalui laman web Pejabat KPKK iaitu http://www.cgso.jpm.my atau melalui lampiran yang disertakan dalam
Surat Pekeliling ini.

13. Semua surat keputusan tapisan keselamatan hendaklah disimpan oleh pegawai dan sesalinan surat perlu dikemukakan bersama-sama dengan pakej Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (peringkat Pengesahan Pelantikan) atau bersama-sama dokumen perakuan PDP.



KESAN TIDAK LULUS ATAU TIDAK MENYEMPURNAKAN
TAPISAN KESELAMATAN

14. Ketua Jabatan tidak boleh memperakukan PDP bagi pegawai dalam tempoh percubaan yang tidak lulus atau tidak menyempurnakan tapisan keselamatan. Pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan selaras dengan Peraturan 46(e) Dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005 - P.U(A) 176.



PEMAKAIAN

15. Semua jabatan dan agensi KPM dan KPTM yang berada di bawah bidang kuasa pelantikan Suruhanjaya hendaklah mematuhi Surat Pekeliling ini.


TARIKH KUATKUASA PELAKSANAAN

16. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa ke atas Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2008. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, semua anggota perkhidmatan pendidikan hendaklah mematuhi syarat dan kaedah yang ditetapkan di dalamnya.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



( DATIN WAN KHAZANAH BINTI ISMAIL )
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia.

Disember 2007

Dimasukkan pada: 2009/12/15 15:51
_________________
Open in new window
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 5:26
Group:
Registered User
Mesej: 845
Offline
lengkap....

skola kena tau nih....

tp kerani td mcm blur je, srh cari sendiri.......dia pun x paham sgt

bila tanye kakak & ustaz skolah kohort 2005 tu ade buat ke??

dia kata diorang dh lama buat, tu pun mcm x yakin je jwb....

rupe2 nyer mmg takde pun....

tanyer kwn satu kohort 2007 td, kerani skola dia siap dh poskan dh borang tuh pd KPKK......

emm, takpe....dh isi dh borang tuh, esok nk gi skola....

syukran skali lg kat ust aiman.....


Dimasukkan pada: 2009/12/15 16:08
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sudah Mesra
Joined:
2007/2/24 7:22
From seremban
Group:
Registered User
Mesej: 45
Offline
bole tau x bile keputusan tapisan keselamatan ni kt akan dpt??
cam sy da dekat 5 bln hntr tp bile kerani tipon kdn xder respon pun tergantung kat tipon atas smbgn jer xder org yg angkat tipon tu..
so klau ader kwn tau jln nyer nak tau result keselamatan ni.....

Dimasukkan pada: 2009/12/21 18:46
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 5:26
Group:
Registered User
Mesej: 845
Offline
ari tu akak kat skola sy ade kol sana....

dia pun risau result x dpt lg.....

org atas tu cakap result kluar dlm masa setahun dr tarikh kita anta borang tapisan keselamatan tuh.....

result akan dianta ke skola tmpt kita bertugas.....

Dimasukkan pada: 2009/12/22 0:51
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: tapisan keselamatan...
Sudah Mesra
Joined:
2007/1/3 3:32
From KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
Group:
Registered User
Mesej: 49
Offline
Saya daha dapat surat tawaran sah jawatan..tapi dia kata ada 2 lagi tak lengkap iaitu tapisan keselamatan dan pertukaran opsyen pencen kwsp..

sebelum ni memang saya tak hantar lagi tapisan..rupanye cepat plak tawaran tu dpt....tak sampai setahun dari sah lantikan sy

skrg saya tgh isi maklumat..tapi ada dengar khabar kena hantar 3 borang sekaligus ke?

saya nak hantar poslaju ke atau kerani ye...sebab dalan surat tawaran sah jawatan tu..tindakan dalam seminnggu saje..

tlg saya kwn2..

Dimasukkan pada: 2009/12/22 13:27
Transfer the post to other applications Transfer



(1) 2 3 4 ... 7 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Carian Terperinci]


newbb online upate error
clean xoops online error: DELETE FROM xoops_bb_online WHERE ( online_uid > 0 AND online_uid NOT IN ( SELECT online_uid FROM xoops_online WHERE online_module =38 ) ) OR ( online_uid = 0 AND online_ip NOT IN ( SELECT online_ip FROM xoops_online WHERE online_module =38 AND online_uid = 0 ) )
Dibangunkan oleh iDeologi berasaskan XOOPS 2.5 © 2006 - 2011. Paparan terbaik menggunakan IE9