Komuniti Terbesar Guru j-QAF Malaysia, kerana kami membina modal insan
register | remember password
 
g
 

Log Masuk

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu Utama

Sedang Online

47 user(s) are online (39 user(s) are browsing Diskusi Forum)

Members: 0
Guests: 47

more...
   

Browsing this Thread: 





buat seorang insan(2)
Sudah Mesra
Joined:
2007/7/10 20:31
From timur
Group:
Registered User
Mesej: 54
Offline
Buat seorang insan (2)
Tribute buat akak bekas guru pembimbingku (masih aku anggapnya guruku) yang bakal mengundurkan diri…


tika itu….
aku terlalu kerdil…..
menjejakkan kakiku ……melangkah perlahan ke perkarangan sekolah
dengan hati yang berdebar, diiringi dengan panahan anak2 mata yang memandangku
bagaikan alien dari planet zargus
pantas aku ke pejabat……. melaporkan diri……...aku diminta ke bilik guru
lalu diperkenalkan dengan seorang akak
bertahi lalat di pipi kiri dan dagu kanannya
memperkenalkan nama dan tugasnya….sebagai guru pembimbingku
yang bakal menyelia dan memberi sebahagian markah praktikumku

tika itu….
apa yang ada dalam kepalaku hanyalah…
inikah guru pembimbingku?yang bakal menunjuk ajarku?
yang bakal menimbulkan masalah denganku?
yang bakal cemburu denganku….
hanya kerana aku guru j-QAF yang bakal bergred DGA41

namun…..4 musim lamanya kita bersama berkolaborasi
nyata aku silap
skeptikku mengajarku supaya lebih berhati-hati
pesimis menukarku menjadi seorang yang cuba untuk menghargai dan menyayangi
sementara semuanya masih ada di depanku

akak
akaklah yang mengajarku merangkak,
bertatih, berdiri, berjalan dan berlari
hingga kuat tulang temulangku
hingga fasih dan petah lidahku berbicara
di depan anak2 bangsaku

akak……..pernah suatu ketika
aku termangu + tergamam
bila dihujani soalan
Apa itu j-QAF?
Camana nak wat jadual j-QAF?
Tasmik tu kebende?camana jadual dia?
j-QAF ni kelas petang ke? BA tu nak tambah kat mana, jadual semua dah penuh?
Guru j-QAF ni pukul berapa kena datang ke sekolah?pagi ke petang?

aku tak mampu berkata apa-apa untuk berbicara ttg sesuatu yang terlalu asing bagiku
namun di saat itu
akaklah yang mengawal suasana
menerangkan segalanya satu persatu
hingga semuanya terduduk diam dan mula menerima

akak…….pernah suatu ketika
fikiranku kosong, jiwaku lemah, perasaanku berkecamuk
mengenangkan assignment maktab yang bertimbun
ditambah dengan peluang bercuti yang tiada
serta waktu bersama isteri dan keluarga yang cukup singkat
tika itu
akaklah yang cuba memberikan idea, kerangka dan buah fikiran
memujuk dan menasihatiku meminta aku meneruskan langkahku
sehingga aku mampu bangun dan kembali berlari

akak…….pernah suatu ketika
aku melangkah ke kelas bersamamu
dengan kepala yang kosong, sepi dan bosan
hanya menyapu papan hitam, memegang ABM dan memasang LCD
menambah sekali sekala apa yang kumampu
jauh sekali daripada melakukan teknik kolaborasi
namun akak tetap bersabar dengan karenah, peel perangaiku
sambil aku sentiasa berusaha….untuk memahami dan difahami
apa itu kolaborasi

akak..…..jauh sekali
telinga ini mendengar rungutanmu
apa lagi leteranmu
tentang DGA41 yang bakal menjadi milikku
tentang karenahku yang hanya menjadi pengusung white board dan laptop ke kelas
tentang perangaiku yang hanya bertawaf di dalam kelas
kesabaranmu mengagumkanku
akak sentiasa menasihatiku….memberi semangat padaku

kini…….semuanya bakal tiada
tiada lagi senyuman dan gelak tawa akak yang dulu
tiada lagi nasihat, motivasi dan taujihat akak
tiada lagi cerita pengalaman berharga akak di rantau orang yang menaikkan semangatku untuk sentiasa menabur bakti
tiada lagi insan, tempat aku meluahkan amarahku dan rasa tidak puas hatiku
segalanya bakal tiada

kini…….akulah yang bakal memegang bendera
yang dahulunya pernah akak kibarkan
akan aku kibarkan setinggi mungkin…..bersama rakan-rakan j-QAFku yang lain
akan aku cuba robohkan tembok dan pagar kejahilan
akan aku bina di atasnya sebuah kota yang perkasa
walaupun tidak secantik dan seindah kota fatehpur sikri

akak….
halalkan segala ilmu dan tunjuk ajarmu
halalkan segama salah silap, tutur kata dan perangaiku
halalkan segala-galanya

kalaulah suatu ketika
aku terjaga dari lenaku di saat semuanya tertidur
akan aku iringkan di dalam munajatku
kerahmatan, keampunan dan kasih sayangNYA untuk akak n kita semua
terima kasih atas segala-galanya
semoga dapat ketemu lagi
walau pun di alam yang berbeza




Dimasukkan pada: 2009/11/25 0:42
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 12:26
Group:
Registered User
Mesej: 838
Offline
wahhh, mesti akak tuh terlalu istimewa.....

emmmm, aku plak nk tulis untuk sape ekkkk....

nanti nk pikir ayat dulu :)

Dimasukkan pada: 2009/11/25 14:14
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Sangat Setia
Joined:
2007/9/23 14:56
From heart of malaysia
Group:
Registered User
Mesej: 1576
Offline
hehehe puisi yang bagus...

luahan rasa yang ikhlas...

tahniah kerna punya "akak"

'akak' aku dah berenti :(

tggl ustazah mariah ku yg setia hgga 58....

tq ustzh mariah ku...

Dimasukkan pada: 2009/11/25 19:13
_________________
ceria , cergas dan cerdas
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Sangat Setia
Joined:
2009/9/6 12:26
Group:
Registered User
Mesej: 838
Offline
ustaz Angeh taknak reka puisi ke utk 'akak' pembimbing

ust??????

teringin plak nk dgr puisi Angeh utk 'akak' tuh.....hihihi

Dimasukkan pada: 2009/11/25 19:34
_________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami , Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami , mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Belum Mesra
Joined:
2009/11/27 23:29
Group:
Registered User
Mesej: 8
Offline
fuhhh...ayat selamba tapi powerrrr
ambo takder akak...ambo kena ngan abang jer..he he

Dimasukkan pada: 2009/11/27 23:36
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Sangat Setia
Joined:
2009/8/29 21:33
From selangor
Group:
Registered User
Mesej: 574
Offline

hehehe.. ayat yang saaangat ikhlas..

belajar utk menghargai orang lain supaya kite juga dihargai..

seronoknya..

Dimasukkan pada: 2009/11/28 9:08
Transfer the post to other applications Transfer


Re: buat seorang insan(2)
Belum Mesra
Joined:
2009/11/27 23:29
Group:
Registered User
Mesej: 8
Offline
khairul_an...apasal thread ni buat seorang insan (2). dah ada siri 1 ke sebelum ni?

Dimasukkan pada: 2009/11/28 9:21
Transfer the post to other applications Transfer






You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Carian Terperinci]