Menu Utama
Log Masuk
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Browsing this Thread:   1 Pelawat



(1) 2 »


Kajian Tindakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Moderator
Joined:
2007/4/21 3:42
From Pontian, Johor
Group:
Registered User
Moderator Forum
Mesej: 205
Offline
Salam, disini saya ingin membawa isu berkenaan dengan Kajian Tindakan.

Antara persoalan ialah:

1) Adakah Guru memerlukan Kajian Tindakan?

2) Adakah kajain tindakan membebankan?

3) Apakah kelebiahn dan kelemahan Kajian Tindakan?

Saya mengajak semua berbincang isu ini kerana penting sangat.

Sebelum kita memperkatakan dengan lebih jauh lagi, Kita mestilah mengetahui apakah sebenarnya Kajian Tindakan?

Ia adalah satu proses untuk mengenal pasti segala masalah dan punca bagi mencari jalan penyelesaian dengan pelbagai cara dan kaedah yang di fikirkan sesuai.

Sebenarnya kita telah membuat Kajian Tindakan ini selama kita mengajar di sekolah, cum ianya tidak ditulis dan dibukukan bagi berkongsi dan dijadikan rujukan serta contoh kepada guru-guru lain.

Saya memperkatakan perkara ini adalah kerana saya dilantik oleh sekolah untuk memegang jawatan Penyelaras kajian Tindakan peringkat sekolah. Oleh itu, saya telah mendapat banyak input bagaimana untuk melaksanakan Kajian Tindakan dengan baik.

Akhirnya saya bersyukur kerana telah menemui dan memahami apakah sebenarnya kehendak Kajian Tindakan ini. Di sini saya akan jelaskan secara ringkas tentang cara untuk membuat Kajian Tindakan.

1) Kenal pasti sesuatu masalah (cth: dengan cara ujian)

2) Cari punca masalah berlaku kerana?

3) Cuba cari dan fikirkan sesuatu untuk menyelesaikannya.

4) Aplikasikan cara, teknik dan kaedah yang dipilih

5) Lihat hasil dan bandingkan dengan ujian awal tadi samada ada peningkatan atau tidak. sekiranya ada peningkatan, jadi teknik tersebut boleh digunakan.

Inilah dia Kajian Tindakan yang boleh membantu untuk kita mudah mengajar dan murid mudah faham dan seterusnya berjaya.

Dimasukkan pada: 2009/7/14 1:36

Edited by ust_arif on 2009/7/22 4:21:51
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Moderator
Joined:
2007/4/21 3:42
From Pontian, Johor
Group:
Registered User
Moderator Forum
Mesej: 205
Offline

Pada 1 JULAI 2009(RABU) jam 2.00petang, saya telah membentangkan Laporan Kajian Tindakan saya di SK Api-api, Pontian yang mana ia adalah pertandingan peringkat suku akhir peringkat daerah Pontian bagi Kategori Sek Ren.

Alhamdulilah, hasilnya saya telah dapat meneruskan lagi ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir yang berlangsung di SK Api-api juga pada hari semalam 13 JULAI 2009(Isnin) jam 2.00petang.

Selain saya dapat berkongsi dengan para hakim dan peserta tentang kajian saya, saya amat beruntung kerana dapat menyaksikan lagi hasil kajian tindakan peserta lain yang sungguh berkesan. Antaranya ialah cara menghafal sifir 8 dengan menggunakan 10 jari dengan mudah. Saya akan menyebarkan ilmu ini kepada murid-murid saya di seklah. Inilah untungnya bila kita dapat membuat kajian tindakan, maka terdapat banyak lah perkara yang baru yang boleh membantu murid-murid kita dalam pelajaran.

Tajuk Kajian Tindak
an saya ialah

"Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa dalam membezakan antara muzakar dan
muannas
Tahun 3"


Dimasukkan pada: 2009/7/14 1:47
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Sangat Setia
Joined:
2008/1/1 12:40
From PINGGIRAN WILAYAH
Group:
Registered User
Mesej: 1105
Offline
oo...kirenye kajian tindakan ni macam wat research la ek? kire ada wat survey2 ke? erm..ada jugak la dengar lect cakap ms kat mktab tp x berapa nk paham..dan x pula die kate kene present kat org lain..

Dimasukkan pada: 2009/7/15 4:28
_________________
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
________________________________
www.mymindstories.blogspot.com
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Moderator
Joined:
2007/4/21 3:42
From Pontian, Johor
Group:
Registered User
Moderator Forum
Mesej: 205
Offline

Yup, klo di Universiti atau maktab, ia sama la mcm research.. mcm org buat master atau phd, tapi kajian Tindakan ni lebih kepada simple matter jer yang boleh membantu.

Pembentangan tu bertujuan untuk pertandingan yang mana akan di masukkan ke dalam jurnal bagi rujukan dan panduan semua guru-guru..

Ia lebih kepada untuk meningkatkan prestasi kita dan klo guru2 ada rezeki, akan cepat jadi guru cemerlang dan jadi jurulatih utama.

Itu pada saya bukan tujuan asal saya, apa yang lebih penting ialah untuk mencipta sesuatu yang boleh membantu murid2 kita sebenarnya. Pangkat atau naik gaji hanyalah sebagai bonus atau hadiah sahaja atas usaha dan penat lelah.


Dimasukkan pada: 2009/7/15 6:53
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Agak Mesra
Joined:
2007/12/13 2:40
From Pahang
Group:
Registered User
Mesej: 25
Offline
terima kasih atas eprkongsian ilmu

Dimasukkan pada: 2009/7/17 15:53
_________________
'Jurnal Kehidupan'
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Sudah Mesra
Joined:
2008/8/29 16:05
From M M
Group:
Registered User
Mesej: 58
Offline
Baru-Baru ni LADAP kat sekolah, buat tajuk Kajian tindakan..Seronok juga....Setiap negeri ada jurnal kajian Tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru di negeri...

Jika di universiti atau IPG terdapat pelbagai penulisan ilmiah atau tesis seperti Kajian perbandingan, kajian kes, kajian lapangan kes, kajian berbentuk keperpustakaan dan sebagainya...

Kajian tindakan menggalakkan cikgu menjadi lebih inovasi dan kreatif...

Andai semua guru dapat menghasilkan sesuatu kajian tindakan..pasti menaikkan prestasi dan profesion perguruan...kerana kajian itu macm penulisan disertasi atau tesis di U..berbeza pada jumlah muka surat, rujukan yg diguna, atau format penulisan sahaja...

kadang2 saya rasa guru-guru jQAF banyak masa dengan anak2 murid...banyak yg boleh kita perhatikan..dan mungkin guru2 jqaf boleh meninovasikan satu kaedah yg menarik utk meningkatkan prestasi murid2 dlm agama, al-Quran, bahasa arab , jawi dan akhlak...

cuma perlu mulakan dengan menulis atau mencatat..anekdot ...sehari satu muka surat...




Dimasukkan pada: 2009/7/18 7:49
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Guest_
Saya kena buat kajian tindakan pada tahun 2007.Disebabkan saya mewakili panitia agama jadi saya buat kajian tindakan jawi..simple sangat saya buat...sebenarnya kaedah tu biasa kita buat dalam pelajaran jawi tapi kita permudahkan dan buat dalam bentuk kita sendiri supaya menjadi menarik minat murid-murid utk belajar jawi.Kajian tindakan saya sekadar di peringkat daerah je la..

Dimasukkan pada: 2009/7/21 10:00
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Sudah Mesra
Joined:
2006/8/23 4:46
From bumi nan indah
Group:
Registered User
Mesej: 44
Offline
salam...
kpd kawan2/shbt2 yg prnh wt kajian tindakan bleh x bg cnth skdr panduan utk smua..

Dimasukkan pada: 2009/7/21 13:08
_________________
mencari produk penjagaan & kecantikan diri utk kegunaan seharian seisi keluarga... jom layari --> www.beautyfrenz.blogspot.com, ia telah mendapat pengiktirafan HALAL drpd JAKIM.. maka selamat digunakan
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Moderator
Joined:
2007/4/21 3:42
From Pontian, Johor
Group:
Registered User
Moderator Forum
Mesej: 205
Offline

Alhamdulillah, Hasil susah payah dan usaha yang mampu dibuat ini, saya dapat masuk ke pertandingan Kajian Tindakan Akhir Peringkat daerah Pontian, Johor.

Tujuan saya bukan untuk menang. Cukuplah untuk berkongsi ilmu yang kita ada dan yang paling saya harapkan ialah semoga mereka2 yang tidak pernah belajar bahasa arab akan terbuka hati untuk mempelajari bahasa arab.

Ini kerana bahasa arab sememangnya bahasa tambahan sahaja. Walaupun hanya sebagai bahasa tambahan di peringkat sek ren, tetapi aplikasinya amat besar dalam Islam.

Kerana ianya

Bahasa Al-Quran
Bahasa Syurga
Bahasa Akhirat
Bahasa yang indah

So, dengan ini, saya ingin membuka mata orang diluar sana bagi melihat sendiri sebenarnya bukanlah sukar dan bukanlah rugi untuk mempelajari bahasa arab.

Sekian..


ps Doakan saya untuk Pembentangan Kajian tindakan saya peringkat akhir ini pada hari khamis 23hb ni di Smk Dato' Penggawa Barat. Tujuannya untuk memartabatkan bahasa arab dalam pendidikan di malaysia.


Dimasukkan pada: 2009/7/22 4:18
Transfer the post to other applications Transfer


Re: Kajian Tin dakan "Seorang Guru 1 Kajian Tindakan di Johor"
Moderator
Joined:
2007/4/21 3:42
From Pontian, Johor
Group:
Registered User
Moderator Forum
Mesej: 205
Offline

Alhamdulillah, Berakhirlah sudah Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Pontian bagi Kategori Sek Ren.

Saya tidak sangka dapat mewakili Daerah untuk pembentangan seterusnya ke peringkat Negeri.

Doakan saya..


Pembentangan Kajian Tindakan (AKHIR)

Blog Sekolah sayahttp://www.skparitpatah.blogspot.com/

Boleh lihat di blog sekolah saya tentang perkembangan Hasil Kajian Tindakan Saya.


Dimasukkan pada: 2009/7/28 9:57
Transfer the post to other applications Transfer



(1) 2 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Carian Terperinci]


newbb online upate error
clean xoops online error: DELETE FROM xoops_bb_online WHERE ( online_uid > 0 AND online_uid NOT IN ( SELECT online_uid FROM xoops_online WHERE online_module =38 ) ) OR ( online_uid = 0 AND online_ip NOT IN ( SELECT online_ip FROM xoops_online WHERE online_module =38 AND online_uid = 0 ) )
Dibangunkan oleh iDeologi berasaskan XOOPS 2.5 © 2006 - 2011. Paparan terbaik menggunakan IE9