Menu Utama
Log Masuk
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Author : iDeologi
Article ID : 3
Audience : Default
Version 1.00.01
Published Date: 2011/6/27 2:19:00
Reads : 1724
Umum & Semasa

Sangkaan buruk amat ditegah oleh agama. Sangkaan bermula daripada persepsi dalam minda. Jika buruk persepsinya, maka apa yang lahir daripada orang lain, walaupun baik, kerap buruk juga natijah yang difahaminya. A yang ditulis, Z yang dibaca. Masalah persepsi yang salah bukan boleh dipandang ringan, terutama dalam era komuninasi tanpa batas masa, geografi dan imigresen.

Persepsi ialah proses untuk minda memahami sesuatu yang kebanyakannya dipengaruhi oleh komunikasi. Persepsi wujud dalam minda, dan terbina disebabkan oleh suasana, apa yang pernah dilihat, dan apa yang pernah dipelajari. Seseorang yang mengalami satu rutin, akan membaca alam sekitar, berasaskan persepsi yang telah terbina dalam mindanya. Atas sebab itu, untuk mempelajari sesuatu yang baru, seseorang itu perlu mengikut step atau langkah awal tertentu. Agar persepsi yang terbina, mengikut acuannya yang betul.

Persepsi Amat Bahaya Jika Tidak Dikawal

Persepsi perlu dikawal. Walaupun ia lahir berasaskan rutin, tetapi kawalan terhadap persepsi sangat penting. Dalam proses pengajian akademik contohnya, orang yang membina persepsi yang silap tentang sesuatu subjek akan merasa susah memahami sesuatu subjek itu atau memahaminya dalam konteks yang salah. Walaupun begitu, jika wujud persepsi yang betul, ia memudahkan kefahaman dan mempercepatkan proses pembelajaran. Seseorang yang mempunyi persepsi yang salah, akan membaca tulisan orang lain bukan seperti yang ditulis, tetapi apa yang terkandung dalam mindanya. Seorang yang mempunyai persepsinya yang kuat, akan mendengar kata-kata orang lain dengan maksud yang tersedia ada di kepalanya, dan bukan apa yang dituturkan oleh orang lain.

Persepsi yang terbina atas maklumat yang bersifat spekulatif, atau emosi, sering kali merosakkan hubungan antara manusia. Contoh yang paling kerap didengar ialah persepsi antara lelaki dan wanita. Contohnya, dikatakan, bagi lelaki yang mempunyai masalah yang kecil, biasanya akan diam berfikir sendiri, dan tidak suka menceritakan terlebih dahulu, berbeza dengan wanita yang akan menceritakan apa saja walau sekecil-kecil masalah dan bagi masalah besar, wanita akan suka berdiam diri kerana sukar untuk diluahkan. Natijahnya, wanita menganggap lelaki berdiam sejenak memikirkan masalah, dengan persepsi bahawa lelaki itu mempunyai masalah yang besar, sedangkan tidak bagi lelaki.

Dalam membaca tulisan orang, kerap juga orang yang kuat persepsinya akan membaca tulisan orang berasaskan kepada apa yang tersirat, sedangkan kerap kali, tulisan tersebut tidak mempunyai langsung maksud yang tersirat seperti yang dipersepsikan oleh pembaca! Persepsi yang salah bukan sekadar memburukkan hubungan, tetapi lebih dari itu boleh menyebabkan kapal terbang terhempas, jika persepsi yang salah antara pilot dan pengawal laluan udara berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Awasilah diri kamu terhadap persepsi, kerana komunikasi yang paling hebat dustanya ialah persepsi...!" [Bukhari, Muslim, Termidhi, Nasa'i]


Mengelakkan Persepsi Yang Salah

Sebelum sesorang itu membaca buku, bacalah dahulu mukaddimahnya atau pendahuluan. Penulis yang baik akan membuka tulisannyha dengan cara terbaik. Buku yang baik biasanya akan menyediakan satu persepsi dahulu kepada pembacanya untuk membina persepsi yang betul. Jadi, untuk mengelakkan persepsi yang salah, sila baca dahulu pendahuluan sesuatu buku.

Jika dalam aspek akademik, cikgu-cikgu selalu pesan, baca didahulu di rumah sebelum masuk ke kelas, Dengan itu persepsi yang betul tentang sesuatu subjek telah terbina, hasilnya akan memudahkan kefahaman dalam kelas. Jika membaca buku, lihat juga isi kandungan buku dahulu, dengan itu juga membantu membina persepsi yang betul.

Untuk membina persepsi yang betul juga, perlu amalkan tabiat komunikasi yang baik, iaitu sentiasa berhati-hati dalam membaca tulisan orang, contohnya status dalam facebook, atau sms, dan atau mendengar dengan teliti apa yang diucapkan. Ketelitian ini akan mengelakkan salah faham dalam komunikasi akibat kesilapan dalam persepsi.

Emosi juga perlu dikawal dalam mengelakkan menggunakan persepsi. Kerap kali emosi akan membina persepsi yang salah, atas sebab itu, seorang hakim amat tidak digalakkan membuat keputusan ketika sedang marah. Bahkan Nabi melarang mencerai isteri sewaktu marah, kerana ketika itu mungkin wujud emosi yang membina persepsi yang tidak betul daripada hakikat kes sebenarnya.

Pentingnya memelihara sangkaan dan persepsi dalam komunikasi tidak dapat disangkal lagi. Rasulullah berpesan, seperti yang diceritakan oleh Abu Hurayrah r.a, "Awasi diri kamu daripada persepsi (yang buruk), kerana sesungguhnya komunikasi yang paling dusta lahir daripada persepsi (yang buruk) terhadap orang lain, oleh itu janganlah cuba-cuba dengar perbualan rahsia orang lain, janganlah mengintai-intai, janganlah saling menyimpan hasad dengki, janganlah saling berpaling antara satu sama lain dan janganlah saling marah-memarahi, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara" [Bukhari, Muslim, Termidhi, Nasa'i]


Sumber: www.iDeologi.my

0
Printer Friendly Page Send this Article to a Friend
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Poster Thread
Dibangunkan oleh iDeologi berasaskan XOOPS 2.5 © 2006 - 2011. Paparan terbaik menggunakan IE9